05/05/2010

..jom singkap kegunaan diri...

Salam Warah,

Alhamdulillah, lama rasanya blog ini sepi,
diri ini terlalu sibuk, tiada masa untuk menulis buat teman2,

baiklah, kita teruskan,
----------------------------------------

Bila kita tahu, diri kita terpilih,
tak rasa best ker?
ataupun, teman2 masih belum rasa terpilih?

kalau belum, sila baca balik ya post 'terpilih', hehe

Bila kita terpilih, apa yg kita buat, mesti kita nak jaga,
Bayangkan seorang pelajar cemerlang,
yang terpilih untuk mendapat anugerah pelajar cemerlang,
tiba-tiba muncul di hadapan kita dengan menunjukkan teladan yang kita tidak berkenan,

dalam hati berbisik., ye ke budak nie terpilih??
jadi, jika teman2 rasa terpilih,
apa yg patut teman2 lakukan?
jaga tingkah laku kan?, kne la control org kata.:-)

baiklah, kita tgk balik, hadis ni,

"Manusia ibarat logam. Terpilihnya mereka ketika jahiliyyah, terpilih jua mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"

Kita dah sama2 faham, manusia itu sifatnya macam logam,
ada kelebihan, ada kegunaan, boleh ditempa,

Terpilihnya mereka ketika jahiliyyah, terpilih jua mereka ketika Islam
jahiliyyah bermaksud tidak tahu (jahil)

Manusia itu, kebolehannya tetap boleh digunakan,
baik ketika dia jahil, atau berada dalam Islam,
kan?

Keadaan jahil, bermakna keadaan tidak tahu,
dan keadaan Islam, bermakna dalam keadaan mengetahui Islam

sekiranya mereka faham, maksudnya, sekiranya mereka faham Islam.

Kenapa macam tuh?
abis, selama nie, kita beragama Islam kan?
kenapa jahil pulak?
kita nie tak faham Islam ke?

Soalan2 itu mungkin bermain di fikiran teman2,

Kita tgk balik kisah umar dan driver dalam post before nie,
tak ingat, baca balik..hehe..:p

Saidina Umar, semasa jahiliyyahnya, org tetap takut,
semasa menerima Islam, org tetap takut jugak kan?

Driver tue, sewaktu dia sedar (tak jahil), dia tetap menjadi org penting (terpilih)
bila ditakdirkan jatuh, dia jadi org yg tidak mengetahui (jahil)
tapi, dia tetap menjadi org penting jugak kepada Tauke CD,
Kelebihannya tetap berguna semasa dia tahu, dan tidak tahu

Jom relate dengan hidup kita..:-)

Kita manusia terpilih,
untuk hidup di dunia,
namun, kebanyakkan kita tak sedar akan tanggungjawab kita,
tak sedar yang kewujudan kita di dunia nie ada sebabnya,
lantas,
apa yg kita ada (sifat2 dan kelebihan),
kita gunakan tanpa kita tahu kenapa kita gunakannya dan
untuk apa kita gunakannya,
adakah untuk perkara yang kita niatkan supaya Allah kurniakan pahala?
atau untuk perkara yang menyumbang kepada dosa?

-Till then-
Salam







01/05/2010

...kegunaan manusia...

Salam warah teman2,
huu, beberapa hari terhenti seketika penulisanku ini,
takpe, cuma memberi peluang, teman2 berfikir,
nanti, bila baca hari2,
rasa muak pulak nak baca kan?
maklumlah, tulisan diri ini bukanlah terlalu menarik
dan berbunga-bunga,
hehe..ok2, tak penting..
-----------------------------------------------------------------
The previous post was about dua logam,
Kita sama2 fikir apa yg boleh didapati dari kisah tu

Kita tgk kisah Saidina Umar,
mesti teman2 tahu, beliau masuk Islam lambat sket
(kalau nak dibandingkan dengan Abu Bakar, Uthman dan Ali)
Tetapi beliau tetap terpilih sbg sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah.

Dia mmg mempunyai banyak kehebatan.
Dia boleh bermain pedang dengan hebat, sangat berani, tegas dan mcm2 lg
penduduk Mekah, bila dengar je nama dia, mesti takut
waktu dia jahiliyyah, segala kelebihannya digunakan
untuk menentang Islam,
punya lah dia tak suka Islam,

Tapi, bila Allah membuka pintu hatinya untuk menerima Islam,
terus berubah, dirinya lemah apabila mendengar ayat2 Allah,
Subhanallah, orang yang ganas, bengis pun boleh dilemahkan dengan ayat-ayat Allah.
(Kita?)
Bila dah masuk Islam, Umar tetap menggunakan segala kelebihan dia,
berani, tegas, dan sumenyer untuk menyebarkan agama Allah,
kemasukan beliau merupakan pertolongan Allah yang sangat hebat.

Pointnya di sini, kita nampak, kelebihan umar,
tetap boleh digunakan, biarpun ketika dia jahiliyyah,
dan jugak ketika dia masuk Islam.
Teman2 faham kan?

nak dikaitkan dengan kita, kelebihan manusia ni, tetap berguna,
although kita nie jahat, atau baik.
Cuma yg berbezanya, untuk apa kita gunakan kelebihan kita.
Untuk Islam atau untuk Jahiliyyah

Ok, kt move on utk cite yg kedua,
pasal driver dan tauke CD,

Kita tgk ek, Driver tuh asalnya, jadi orang penting kan?
orang yg menjadi pilihan kepada masyarakat,
tolong orang bwk gi balik bandar,
kelebihannya yg baik hati, suka senyum,
sangat berguna untuk menjadikan penumpang2 dia selesa
dan nak naek bas dia. setuju x?

Tapi, bila ditakdirkan dia jatuh, dan hilang ingatan,
dia lupa apa dia patut buat kat stesen bas tuh,
(dia still tau bwk bas dan masih ada kelebihan dia)
dan kita tgk bahawa, tauke CD tuh, gunakan dia,
untuk melariskan penjualan CD nya,
sebab driver tuh, mmg dikenali la kat situ,
kelebihan dia yg baik hati, penuh senyuman, mesti la buat org terpikat,
nak beli CD ngan dia, dan seterusnya bwk untung kat tauke CD tuh

From there, kt dapat tgk yg driver td asalnya,
menggunakan kelebihan dia untuk perkara2 baik,
tapi, bila hilang ingatan,
kelebihan baik dia DIGUNAKAN oleh orang lain..kan?
---------------------------------------------------------

Jom kita tgk balik dalam hidup kita.
Kelebihan yang kita ada nie, digunakan untuk apa?
dan adakah kelebihan kita ada nie, dipergunakan oleh orang /benda2 lain?

since perkataan terpilih keluar balik..
erm...apa pulak kaitan kisah nie dengan perkataan terpilih???
teruskan membina fikiran yang sihat teman2ku..:-)

-Till then-
Salam