Salam Warah,
Alhamdulillah, lama rasanya blog ini sepi,
diri ini terlalu sibuk, tiada masa untuk menulis buat teman2,
baiklah, kita teruskan,
----------------------------------------
Bila kita tahu, diri kita terpilih,
tak rasa best ker?
ataupun, teman2 masih belum rasa terpilih?
kalau belum, sila baca balik ya post 'terpilih', hehe
Bila kita terpilih, apa yg kita buat, mesti kita nak jaga,
Bayangkan seorang pelajar cemerlang,
yang terpilih untuk mendapat anugerah pelajar cemerlang,
tiba-tiba muncul di hadapan kita dengan menunjukkan teladan yang kita tidak berkenan,
dalam hati berbisik., ye ke budak nie terpilih??
jadi, jika teman2 rasa terpilih,
apa yg patut teman2 lakukan?
jaga tingkah laku kan?, kne la control org kata.:-)
baiklah, kita tgk balik, hadis ni,
"Manusia ibarat logam. Terpilihnya mereka ketika jahiliyyah, terpilih jua mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"
Kita dah sama2 faham, manusia itu sifatnya macam logam,
ada kelebihan, ada kegunaan, boleh ditempa,
Terpilihnya mereka ketika jahiliyyah, terpilih jua mereka ketika Islam
jahiliyyah bermaksud tidak tahu (jahil)
Manusia itu, kebolehannya tetap boleh digunakan,
baik ketika dia jahil, atau berada dalam Islam,
kan?
Keadaan jahil, bermakna keadaan tidak tahu,
dan keadaan Islam, bermakna dalam keadaan mengetahui Islam
sekiranya mereka faham, maksudnya, sekiranya mereka faham Islam.
Kenapa macam tuh?
abis, selama nie, kita beragama Islam kan?
kenapa jahil pulak?
kita nie tak faham Islam ke?
Soalan2 itu mungkin bermain di fikiran teman2,
Kita tgk balik kisah umar dan driver dalam post before nie,
tak ingat, baca balik..hehe..:p
Saidina Umar, semasa jahiliyyahnya, org tetap takut,
semasa menerima Islam, org tetap takut jugak kan?
Driver tue, sewaktu dia sedar (tak jahil), dia tetap menjadi org penting (terpilih)
bila ditakdirkan jatuh, dia jadi org yg tidak mengetahui (jahil)
tapi, dia tetap menjadi org penting jugak kepada Tauke CD,
Kelebihannya tetap berguna semasa dia tahu, dan tidak tahu
Jom relate dengan hidup kita..:-)
Kita manusia terpilih,
untuk hidup di dunia,
namun, kebanyakkan kita tak sedar akan tanggungjawab kita,
tak sedar yang kewujudan kita di dunia nie ada sebabnya,
lantas,
apa yg kita ada (sifat2 dan kelebihan),
kita gunakan tanpa kita tahu kenapa kita gunakannya dan
untuk apa kita gunakannya,
adakah untuk perkara yang kita niatkan supaya Allah kurniakan pahala?
atau untuk perkara yang menyumbang kepada dosa?
-Till then-
Salam





1 comments:
kdg2 manusia tahu klbihan diri masing2 tp takut utk m'gunakannya krn isu org sekelilingnya. isu ni mmg sgt2 m'pengaruhi org2 yg ingin berubah.kesian~huhu
Post a Comment