28/04/2010

...kisah dua logam...

Assalamualaikum teman2ku,

setakat ni, diri ini sedang menulis penerangan tentang satu hadith,
"Manusia ibarat logam. Terpilihnya mereka ketika jahiliyyah, terpilih jua mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"
Kita adalah logam2 yang mempunyai kelebihan untuk kegunaan di bumi Allah ini,
Kita lah logam pilihanNya.
Dipilih untuk lahir ke dunia, dan melaksanakan satu tanggungjawab. ok, Stop di sini..
-----------------------------------------------------------------------

Nak share satu story ni, cuba faham ya, mcm biasa, baca dengan hatimu, hehe

Dahulu, ada satu logam, yang sangat berani, tegas dan sangat digeruni,
Semua penduduk di sekitar takut padanya, tidak berani berdepan dengannya,
Dia tidak takut dengan sesiapa pun,
Logam ini sangat2 hebat,
Namun, hanya jahiliyyah menguasai diri nya,

Tetapi
Alhamdulillah, dia terpilih,
Allah memilihnya,
Allah pancarkan sinar Islam di dalam hatinya,
Beliau menggunakan keberaniannya, ketegasannya, kegerunannya
untuk menentang musuh Allah.
Itulah Khalifah umat Islam kedua, Saidina Umar Al-Khattab r.a

Beliau di zaman jahiliyyahnya, pernah menanam anak perempuannya sendiri,
Subhanallah, Allah menyayanginya,
mengangkatnya menjadi khalifah kedua,
menjadi pendokong kuat kepada Islam.
Keberanian yang ada padanya,
sehingga syaitan sendiri takut dengan beliau,
Dikatakan bahawa,
Apabila Umar berjalan di suatu lorong sebelah kanan,
syaitan takut, dan mengambil jalan ke lorong sebelah kiri,
Hebatnya Saidina Umar nie kan
------------------------------------------------------------------
Ok, let's have another story k?

Macam ni, kat satu pekan di Malaysia,
ada satu stesen bas,
Ada sorg mamat muda nie, dia driver bas, dia mmg sorg je lah yg bwk bas kat pekan tuh,
Dia bwk org pegi balik bandar setiap hari,
angkut org bila ada org tahan bas,
takde die, bas tak gerak,
baik hati mamat nie, sentiasa pemurah dengan senyuman,
So, nak ckp yg mamat nie org penting la kat pekan tuh,
nak jadi org penting tak perlu jadi orang2 besar pun kan,

Suatu hari, sedang dia on the way ke stesen bas utk bwk bas tu,
dia terjatuh dan pengsan,
bila dia sedar2, dia masih di tempat sama, tapi...
DIA TAK INGAT SIAPA DIRI DIA
sedih kan? maknanya kat sini,
dia dah lupa yang DIA DRIVER BAS
DIA KENA BAWAK ORANG KE BANDAR
even diri dia pun dia lupa...
dia bangun dari situ dan terus mencari-cari,
apa yang perlu dia buat.

Kebetulan, dekat area stesen tuh,
ada satu kedai kecik, jual CD,
tauke kedai tuh, sbnarnye nak cari org utk jadi driver dia,
then dia nampak mamat driver bas yg hilang ingatan nie,
nak kata dia kenal la mamat tuh, (yela, org penting kan)
dia ajak mamat tuh keje ngan dia,
yela, org muda kan, tenaga banyak, can drive some more
So, bekerja lah dia dengan tauke CD tuh., jual CD sini sana,
ramai org beli CD kat kedai dia, org yg sentiasa tersenyum kan,
senang dapat pelanggan,
So, benda ni berterusan sampai la tauke tuh dapat byk untung dan
boleh buat kedai CD yang sgt besar,
sampai hampir semua kwsn stesen td, jadi kedai CD dia..

Hebatnya mamat nie, sampai boleh jadikan kedai tauke CD tuh ambil alih kwsn stesen bas.
----------------------------------------------------------------
Ok, dari satu kisah benar, dan satu kisah rekaan ini,
apa agaknya teman-teman boleh fikirkan??
kedua2nya logam,
kedua2nya berguna,
tetapi berguna untuk APA??

-Till then-
Salam

26/04/2010

logam dan kelogamannya

Salam Warah teman2ku

yang membaca blog hamba ini,

suka diri ini untuk mengingatkan,

supaya teman2 membaca blog ini dari entry yang pertama.

Kerana diri ini mahu teman2 memahami,

apa yang dituliskan sepanjang penulisan blog ini,

hendaklah dibaca dengan hati.

Jangan bosan membaca ya, mungkin susah untuk memahaminya,

tapi, dengan kesusahan itu, akan ada hasilnya,

Insya Allah..:-)
------------------------------------------------------------------

Bismillah

Ku terangkan apa yang dimaksudkan dengan manusia seperti logam

manusia = logam

manusia ini, ada bermacam-macam jenis, (logam kan mcm2 jenis)

ada logam yang baik, bagus, buruk, cnth: emas, keluli, besi buruk

manusia ini, ada bermacam-macam sifat, (logam kan ada sifat2 dia)

cnth sifatnya: boleh ditempa (ok, satu jer cukup..hehe)

manusia ini, ada bermacam-macam kegunaan, (logam kan berguna)

(Emas: perhiasan, besi buruk: buat jual, etc)

maksud ayat ketiga ni, nak bgtahu yg manusia ni, berguna untuk mentadbir alam ini,

sebagai mana logam yang menjadi kegunaan kepada manusia,

begitulah manusia berguna untuk alam ciptaan Allah ini.

jadi, manusia = logam kan?

boleh dapat?

Kita teruskan.

Jenis yg dimaksudkan adalah, manusia ni kan ramai,

ada yang jenis cantik/handsome, (mahal org kata, macam emas)

ada yang jenis suka bercakap, (hebat nie, macam keluli cnthnya)

ada yang jenis suka mengambil hak orang, (hurm, nak jadi apa la, besi buruk boleh laa)

dan mcm2 jenis lagi. (dah faham sket kan?)

manusia ni banyak jenis. banyak type.., byk nilai

Sifat pulak, bila kt tgk sifat logam,

paling kt ingat waktu blaja skolah dlu ialah, logam boleh ditempa, btol x?

so, manusia ada bermacam-macam sifat jugak,

tapi nak focus kat boleh ditempa,

maksudnya, manusia nie pon boleh ditempa sebenarnya.

manusia nie boleh diubah la senang cite kan...

Kegunaan lak, kalau kt tgk, benda nie ada relation dengan jenis

laen jenis, laen kegunaan,

jenis handsome/cantik gunanya??? (ditanyangkan /dijaga)

jenis suka bercakap, gunanya??? (untuk ckp benda baik/buruk)

jenis suka ambil hak orang, gunanya???? (macam buruk jer, zalim) Ya Allah, diri ini sangat2 sering menzalimi diri sendiri dan orang laen juga,

So,

Overall maksud yang diri ini cuba sampaikan adalah,

Manusia ini sama macam logam, kerana masing-masing ada jenis dan nilainya, sifatnya yang boleh ditempa, ada 1001 kegunaan..:-)
---------------------------------------------------------------------------

Harap teman2 dah faham sikit apa yang diri ini maksudkan dengan manusia dan logam

Kelogaman pula adalah kelebihan actually,

pentafsiran simple.

bila manusia=logam

kelebihan manusia = kelogaman

sbb, it consists of ciri2/ characteristics

Jadi,

Kesimpulan untuk beberapa post sebelum ni adalah,

1) Setiap manusia itu logam

2) Setiap manusia itu ada nilai2nya

3) Setiap manusia itu ada kelebihan

4) Setiap manusia itu boleh dibentuk

Mungkin point ke 2 dan 3 adalah overlap, tapi mungkin jugak berbeza, hehe
------------------------------------------------------

Bila la nak bgtahu maksud hadis nie....huhu

teman2 bersabar ya..:-)

Sabar itu sebahagian daripada iman

-Till then-
Salam

...terpilih...

Assalamualikum Warahmatullah

Sudah dinyatakan,

manusia itu ibarat logam,

di kala itu, ada seseorang,

yang tercari-cari maksud frasa itu,

terjumpa sesuatu.

Jom story2 sket. hehe

ok, here it goes,
-------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari, sedang kaki dan tangan menggeletar,

menunggu sesuatu yang telah ditetapkan keputusannya,

namun diri ini belum diizinkan untuk mengetahuinya.

Ayah ketika itu berada di pejabat,

Dia datang kepadaku melalui satu panggilan telefon,

"Along, tahniah, along terpilih untuk ke sekolah ________"

Aku melompat gembira, memberitahu ummi,

Sungguh best hari itu, ibarat mendapat sesuatu yang sangat bernilai.

kerana AKU TERPILIH!!!

itulah bagiku bermulanya hidupku seorang diri, jauh dari keluarga.

Namun,

siapa aku jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawanku yang lain,

hanya seorang budak kampung,

yang mendapat keputusan 5A di sekolah kampungnya,

Tetapi aku tetap tidak mengalah,

kerana AKU TERPILIH!!

aku teruskan kehidupan,

hari demi hari, tahun demi tahun,

tidak kusedari, 5 tahun aku habiskan di sekolah itu,

di kala itu, aku hanya lah insan biasa,

di kala itu, aku tidak menyedari apa2,

di kala itu, aku tidak peka dengan keadaan dunia,

di kala itu, aku tidak tahu kelebihan diri ku,

di kala itu, aku hanya mengikuti mainstream hidup ini,

di kala itu, aku hanya lah diri yang sama dengan 5 tahun sebelumnya.

which is,

AKU TERPILIH!!

---------------------------------------------------------------------------

Teman2, diri ini yakin, ramai antara teman2 yang mempunyai kisah hidup macam di atas.

Mungkin caranya berbeza, namun secara kasarnya, macam tu lah 5 tahun kita

dihabiskan di sekolah, tidak kira sekolah mana kita,

tidak dinafikan, ada antara kita yang mendapat pelbagai manfaat,

contohnya, menjadi pembahas atau atlet yang hebat,

namun, kebanyakkan dari kita, masih tidak dapat mengungkapi,

apa yang telah dipelajari di sekolah, (selain ilmu Agama, maths, sains, sejarah, geografi)

apa kekuatan dan kelemahan diri,

apa kemampuan yang ada.

Dahulu,

hanya untuk mengisi ilmu di dada,

hanya belajar untuk lepas SPM.

Itu lah mainstream yg diri ini maksudkan.

tanpa kita sedar, yang kita adalah LOGAM YANG TERPILIH.
-------------------------------------------------------------------

Apa yang diri ini ceritakan, mungkin sama, dan mungkin tidak dengan kehidupan teman2.

namun, suka untuk diri ini mengingatkan,

memang kebanyakkan dari kita, tidak mengetahui potensi kita.

tidak sedar yang kita ini, ada keperluannya kepada dunia, dengan apa yang kita ada.

with that, diisytiharkan satu perkataan, "kelogaman"
------------------------------------------------------------------

Kita nie, semuanya terpilih sejak lahir kan?

sebab ape?

terpilih dalam perlumbaan di dalam rahim ibu,

hanya satu sperma yang berjaya dan terpilih memasuki ovum,

dan dilahirkan menjadi manusia,

dari situ sudah jelas yang setiap kita ini terpilih.

namun, keterpilihan kita ini, adakah kita betul2 menghargainya?

kerana kelogaman yang kita ada, menyebabkan kita terpilih

untuk diberikan peluang hidup di bumi Allah ini.
--------------------------------------------------------------------------

post ni masih belum menerangkan maksud sebenar hadith ini,

"Manusia ibarat logam. Terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam. Sekiranya mereka faham"

Jadi teman2, teruslah meneka dan menanti jawapannya. Peace*..hehe..

cuma sekarang, diri ini harap teman2 tahu, kita ibarat logam, dan kita terpilih.

-Till then-
Salam




25/04/2010

HATI-HATI

Salam Warah,

HATI-HATI!!

bermula dengan perkataan ini, diriku menulis blog ini,

Kenapa?

Anda ingin tahu?

Jawapannya di sini....kat bawah ni...
------------------------------------------------------------------

hati-hati lah kita dengan apa yang kita ada sekarang,

Apa yang kita ada sekarang?

Kita ada diri kita,

ok, cukup kat situ dulu... abes......hehe, let's continue,
----------------------------------------------------------------------------

Kenapa diri ini mengajak teman2 berhati-hati dengan diri kita?

mesti ada sebabnya,

mungkin sebabnya itu, kadang-kadang susah untuk kita menerimanya,

namun, diri yang hamba ini, mengajak teman2 membaca dengan hati,

kerana dengan hati, Insya Allah akan mendapat sesuatu yang berbeza,

diri ini sentiasa mendoakan teman2 yang membacanya..
------------------------------------------------------------------------------

Setiap dari kita, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing,

Insya Allah teman2 setuju dengan diri ini,

ada antara kita yang sangat mahir dalam bersyair, bersajak, berdebat,

ade jugak, yg pandai menyanyi, bermain bola,

ade jugak, yg sifatnya berani, tegas,

ada pulak, yg lemah lembut, penyayang (sejuk hati mak melahirkan..huhu)

mcm2 jenis manusia ada di dunia ni kan,
----------------------------------------------------------------------

mesti tertanya2 kan, kenapa diri ini mengingatkan agar teman2 berhati-hati

tapi sebelum tu, jom kita tgk satu hadith,

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (Sahih Bukhari)

Apa maksud hadith ini?

Nabi bersabda bahawa, manusia itu seperti logam.

kenapa manusia, kita2 nie, sama diibaratkan seperti logam?

jom kita sama2 fikir,

Apa maksud logam? nak cari maksudnye senang je, wikipedia..hehe..

ok2, teruskan baca ya...:-)

Kita belajar kat sekolah, blaja sains, kimia n sewaktu dgannya, logam ada banyak jenis kan?

waktu tu jenuh kt nak hafal jenis2 logam ni,

kne hafal sifat nye la, kegunaan nye la,

semata-mata nak jawab exam..uhuk3..

betul kan?, mesti semua rasa pengalaman belajar tentang logam ni..
-----------------------------------------------------------------------------

Emas, perak, aluminium, tembaga, besi, plumbum, titanium

itu adalah logam semuanya,

ada logam yg sgt berharga di mata manusia,

ada logam yang sangat berguna untuk keperluan manusia,

ada logam yang sangat mahal jika dibuat urus niaga bagi manusia,

ada logam yang orang boleh menyebabkan berbalahnya manusia,

apa kaitannya dengan manusia???

kalau tgk kat atas, mmg ada kaitannya kan??

ada perkataan logam, ada perkataan manusia...(tulisan pun warna sama, hehe)

mesti lah logam berkaitan dengan manusia kan??

kegunaan manusia tuh!!..

TAPI, adakah itu maksud hadith di atas ini????
----------------------------------------------------------------------------

jawapannya mungkin ada teman2 yang sudah boleh nampak...

tapi, kt tunggu betul atau salah jawapan itu yer..:-)

-Till then-
Salam

23/04/2010

Kenapa????

Assalamualikum teman2..:-)

Apa kabar? kalau sihat, Alhamdulillah..:-)

Syukur..kalau sakit pun, syukur jugak..:-) Alhamdulillah



Jom sambung baca sket..

Allright, jom kt tgk kenapa pentingnya perbezaan memahami sesuatu dengan otak dan hati..:-)

1st, hati menentukan perilaku manusia, bukan otak yer

2nd, otak tak boleh faham tentang perkara yg tidak logik (mesti selalu dengar term 'logik akal' kan?, tapi dengan hati boleh dpt kefahaman tu

3rd, kerana kita adalah SESEORANG di muka bumi ini.

4rt, ada ayat Al-Quran tentang ini...

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

(Al-A'raf, 7:179)

------------------------------------------------------------------------------------------

-Manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah)-

KITA SIAPA?

ADA HATI KAN?

KITA BUAT APA DENGAN HATI?

-------------------------------------------------------------------------------------

-Till then-
Salam

22/04/2010

...soal hati dan akal...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
Ketahuilah bahawa setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila baik (daging itu) maka baiklah seluruh jasad itu dan apabila rosak (daging itu) maka rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah (daging) itu adalah hati.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Hadis ke-6 Arba'in Nawawi)

Ok..Tu hadis dalam post HATI. (Recap mode)

Mmg Nabi dah tegaskan yg segala perilaku manusia, adalah dari hati.
Jadi, kt nak sedar kt sini yg, kalau manusia tu ada masalah hati, dia akan berbuat keburukan..kan?
dan benda-benda buruk yg berlaku atas muka bumi (yg disebabkan manusia) adalah sbb ada mslh hati la kan??

Tapi kenapa masalah hati?, bukan akal?

Mesti ada yg kata, "Akal la yg menentukan tindakan manusia, akal boleh fikir baik buruk, otak nie powerrr kottt!!"
"manusia buat kerosakan tu sebab otak dia tak betul"
Tapi kan, mcm mana nak beza kalau seseorg tu menggunakan akal or hati dalam tindakan dia? suka-suka jer ckp otak dia tak betul kan??

Ok...ambik satu contoh...
Bezanya kita baca/tengok sesuatu dengan akal dan hati
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 1

Kalau balik rumah, tgk astro channel 511 kot (yg national geographic, animal planet etc) kita akan selalu tgk, dokumentari yang hanya untuk pengetahuan kita kan?, kt takda rasa nak tgk lagi pun kan? habis cite tuh, habis la..kalau dapat ILMU, dapat la...

tapi, kalau tukar channel astro awana ke, yang byk cerita-cerita Indon a.k.a drama2, n kt ckp kat diri, "Alah, cite indon nih, asyik2 ckp sal cinta, dah la episod panjang2", haa.. lagi mudah nampak, bila kt tgk cite hindustan, tiap2 sabtu pukul 2 ptg, TV3, bila hero mcm nak kalah, kt cakap "Lek ar, hero kalah dulu, standard la cite hindustan"

Situasi 2

Kalau balik rumah, tgk astro channel 511 kot (yg national geographic, animal planet etc) kita tgk dokumentari pasal kangaroo, dan kt ckp "Sweetnyer mak kangaroo tue, mana2 pun bwk anak dia" Then kt ingat Ibu kita, rasa makin kasih terhadap ibu kita...

Bila tgk drama, cnth, bawang putih bawang merah ke, Mohabbatein ke, ada part2 tu, smpai boleh menitiskan air mata, atau pun, bila habis cita tuh, kt rasa tak puas hati, "Asal la hero tuh boleh kalah lak!!" smpai nak marah-marah lak...huhu..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beza kan?
Situasi 1 bila tgk ngan akal, situasi 2 bila tgk dengan hati.

Nak perbezaan lagi??

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 3

Kat bilik, ada buku medic, kimia, maths. "Hurm..aku kene study nie, exam dah dekat" so, kt amek la buku-buku tuh, baca smpai otak tepu...dah rasa stress, malas nak blaja..

Kat tepi katil, ada novel/ komik, utk dibaca sebelum tido. "Oo..novel nie cite ttg ade detective tuh, dia berjaya selesaikan misi dia, komik tu ada kartun-kartun jer"

Situasi 4

Kat bilik ada buku medic, kimia, maths, amek medic. tgh baca chapter darah "Subhanallah, maha Kuasa Allah, ciptakan darah dlm bdn manusia yg bermacam-macam jenis"
Kat katil ada novel/komik..baca sebelum tido: "Wah, hebatnyer detective nih!! mantap!! mcm ni la nak menegakkan keadilan..komik tu pulak, character baik, tak berdendam..etc.."
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
haaaa....

Dah nampak beza bila melihat sesuatu dengan otak dan hati? nanti kita tgk kenapa perbezaan ni penting pulak..

-till then-
Salam

16/04/2010

NIAT

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Jom kita sambung about hati
Skrg kt tau hati tu raja pada diri, perbuatan/ percakapan kt adalah
dari hati, dan kt sgt aware yg kalau hati baik, baik la jasad, kalau
buruk, buruk pula jasadnya...

So, kt kaitkan semua tu dengan perkara yg selalu kt buat tiap2 waktu
solat, stp pkra yg kt nk buat..n mcm2 lagi...
Apa perkara tu?

NIAT

"sahaja aku solat subuh dua rakaat kerana Allah Taala"
"sahaja aku puasa esok hari di bulan Ramadhan kerana Allah Taala"

Most of us blaja niat ni di skolah dan kdg2 oleh ibu bapa kita, waktu tu,
satu kelas sama-sama baca niat2 ni kan?..hehe
well, Niat2 ini yg biasa kt lakukan.. (puasa wajib dlm bulan Ramadhan, unless
kalau ada puasa sunat) tp kan, tahu tak
ada jugak pkra yg kdg2 kt tak sedar yg
itu juga adalah niat sebenarnya...

"aku nak makan jap lagi lah"
"aku nk study la lepas nie"
"aku nak main bola la lepas nie"

Haaaa..yg atas ni pun niat jugak, setuju tak? dialog ini kita lintaskan di dalam hati
dan selalunya keluar di mulut (dilafazkan)
dan kdg2 mnjadi ajakan kpda kwn2..(especially part main tuh) kan?? Hehe

Kenapa niat? Sebab apa yg kt niat, menunjukkan apa yg ada dalam hati
kita..setuju x?

Kalau dalam hati ada rasa nak puasa, tu dah dikira niat utk
puasa....kalau dlm hati ada rasa nak main, tu dah dikra niat nak
main...mudahkan??

Skrg, nampak tak yg hati nie sgt2 main peranan dalam menentukan niat
kita...jom kita tgk satu keratan hadis..

"sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang
mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya"

Panjang lg hadis ni sbenarnya..hadis ni pasal hijrah..kalau ada peluang,
akan ditulis kelak..huhu, nak bgtahu kat sini, bhwa, tiap2 perbuatan
tu disertai niat dan kt mendapat balasan atas apa yg kt niatkan...

Habis tu, apa kne mngena niat dengan hati dan balasan?

kaitannya..hati adlah raja, niat adalah dari hati, dizahirkan dgn
perbuatan, so, kalau hati baik, niat baik, perbuatan baik, dapat
balasan pahala...dan kalau sebaliknya??? (fill in the blank)

Mesti pnh dgr kan..jika kt berniat utk melakukan kebaikan, dah
dikurniakan pahala, tp kalau kt berniat utk buat jahat, belum dikira
dosa selagi tdk membuatnya..

Subhanallah, Penyayangnya Allah kepada hambanya..:-)

So, tak nak ke kita dapat pahala?? dah la amal kita mmg tak cukup untuk menampung dosa-dosa yang kita dah lakukan..(hinanya kita ini)...
Hanya dengan berniat utk melakukan
kebaikan..dan niat yg baik akan lahir dari hati yg baik..tp bila dah
niat, tak kan tak nak buat pulak kan? Then , jadilah amalan itu amalan
yg baik dan diberikan pahala..insya Allah..:-)

Tapi kan...bukan ke kalau kita nk buat smthg, kt akan guna otak utk
fikir dan bukan dari hati??? Kan?????

-till the next post-

Salam..:-)
-Hati menentukan arah tujuan kita-

15/04/2010

HATI


HATI-HATI!!!!

YEA2!! Dapat hadiah!!

Ape Kes mamat Nie??

Adoiyai...Ape ni??

Aku suke kau!!

Aku Happy!!

YeaH!


Uhuk, uhuk,apakah semua nie???...

Haaa...nak bgtahu kat sini yg phrases tu sume dtg dari hati..betol x? Tak caya?

hati ni...sgt2 boleh bagi impact besar dalam hidup seseorg..sbb dengan apa yg ada dlm hati dia,

akan dizahirkan melalui PERBUATAN...ckp bout hati ni...teringat lak ada satu hadis...

"Ketahuilah, bahawa di dalm jasad manusia terdapat segumpal daging.
Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rosak,
maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa
segumpal daging itu adalah hati"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Haa...terus terang...
kalau hati baik,
maka baik la
perbuatan...

IF ROSAK?

Tgk balik kat awl post nie..
.ade kata2 yg manis, baik, tp ade jugak
perkataan yg tak berapa sedap utk disebut or didengar...

Semua yg keluar tu adalah dari hati kan? Sebab dalam hati kita ni penuh perasaan...

Org selalu anggap kata2 manis a.k.a sweet je berasal dari hati, tp bukan kata2 yg negatif kan?..

Ya Allah, ku sedari, segala kata2 ku adalah dari hatiku sendiri...jom teman2..check balik hati kita.

-Till then-
Salam :-)