28/04/2010

...kisah dua logam...

Assalamualaikum teman2ku,

setakat ni, diri ini sedang menulis penerangan tentang satu hadith,
"Manusia ibarat logam. Terpilihnya mereka ketika jahiliyyah, terpilih jua mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"
Kita adalah logam2 yang mempunyai kelebihan untuk kegunaan di bumi Allah ini,
Kita lah logam pilihanNya.
Dipilih untuk lahir ke dunia, dan melaksanakan satu tanggungjawab. ok, Stop di sini..
-----------------------------------------------------------------------

Nak share satu story ni, cuba faham ya, mcm biasa, baca dengan hatimu, hehe

Dahulu, ada satu logam, yang sangat berani, tegas dan sangat digeruni,
Semua penduduk di sekitar takut padanya, tidak berani berdepan dengannya,
Dia tidak takut dengan sesiapa pun,
Logam ini sangat2 hebat,
Namun, hanya jahiliyyah menguasai diri nya,

Tetapi
Alhamdulillah, dia terpilih,
Allah memilihnya,
Allah pancarkan sinar Islam di dalam hatinya,
Beliau menggunakan keberaniannya, ketegasannya, kegerunannya
untuk menentang musuh Allah.
Itulah Khalifah umat Islam kedua, Saidina Umar Al-Khattab r.a

Beliau di zaman jahiliyyahnya, pernah menanam anak perempuannya sendiri,
Subhanallah, Allah menyayanginya,
mengangkatnya menjadi khalifah kedua,
menjadi pendokong kuat kepada Islam.
Keberanian yang ada padanya,
sehingga syaitan sendiri takut dengan beliau,
Dikatakan bahawa,
Apabila Umar berjalan di suatu lorong sebelah kanan,
syaitan takut, dan mengambil jalan ke lorong sebelah kiri,
Hebatnya Saidina Umar nie kan
------------------------------------------------------------------
Ok, let's have another story k?

Macam ni, kat satu pekan di Malaysia,
ada satu stesen bas,
Ada sorg mamat muda nie, dia driver bas, dia mmg sorg je lah yg bwk bas kat pekan tuh,
Dia bwk org pegi balik bandar setiap hari,
angkut org bila ada org tahan bas,
takde die, bas tak gerak,
baik hati mamat nie, sentiasa pemurah dengan senyuman,
So, nak ckp yg mamat nie org penting la kat pekan tuh,
nak jadi org penting tak perlu jadi orang2 besar pun kan,

Suatu hari, sedang dia on the way ke stesen bas utk bwk bas tu,
dia terjatuh dan pengsan,
bila dia sedar2, dia masih di tempat sama, tapi...
DIA TAK INGAT SIAPA DIRI DIA
sedih kan? maknanya kat sini,
dia dah lupa yang DIA DRIVER BAS
DIA KENA BAWAK ORANG KE BANDAR
even diri dia pun dia lupa...
dia bangun dari situ dan terus mencari-cari,
apa yang perlu dia buat.

Kebetulan, dekat area stesen tuh,
ada satu kedai kecik, jual CD,
tauke kedai tuh, sbnarnye nak cari org utk jadi driver dia,
then dia nampak mamat driver bas yg hilang ingatan nie,
nak kata dia kenal la mamat tuh, (yela, org penting kan)
dia ajak mamat tuh keje ngan dia,
yela, org muda kan, tenaga banyak, can drive some more
So, bekerja lah dia dengan tauke CD tuh., jual CD sini sana,
ramai org beli CD kat kedai dia, org yg sentiasa tersenyum kan,
senang dapat pelanggan,
So, benda ni berterusan sampai la tauke tuh dapat byk untung dan
boleh buat kedai CD yang sgt besar,
sampai hampir semua kwsn stesen td, jadi kedai CD dia..

Hebatnya mamat nie, sampai boleh jadikan kedai tauke CD tuh ambil alih kwsn stesen bas.
----------------------------------------------------------------
Ok, dari satu kisah benar, dan satu kisah rekaan ini,
apa agaknya teman-teman boleh fikirkan??
kedua2nya logam,
kedua2nya berguna,
tetapi berguna untuk APA??

-Till then-
Salam

26/04/2010

logam dan kelogamannya

Salam Warah teman2ku

yang membaca blog hamba ini,

suka diri ini untuk mengingatkan,

supaya teman2 membaca blog ini dari entry yang pertama.

Kerana diri ini mahu teman2 memahami,

apa yang dituliskan sepanjang penulisan blog ini,

hendaklah dibaca dengan hati.

Jangan bosan membaca ya, mungkin susah untuk memahaminya,

tapi, dengan kesusahan itu, akan ada hasilnya,

Insya Allah..:-)
------------------------------------------------------------------

Bismillah

Ku terangkan apa yang dimaksudkan dengan manusia seperti logam

manusia = logam

manusia ini, ada bermacam-macam jenis, (logam kan mcm2 jenis)

ada logam yang baik, bagus, buruk, cnth: emas, keluli, besi buruk

manusia ini, ada bermacam-macam sifat, (logam kan ada sifat2 dia)

cnth sifatnya: boleh ditempa (ok, satu jer cukup..hehe)

manusia ini, ada bermacam-macam kegunaan, (logam kan berguna)

(Emas: perhiasan, besi buruk: buat jual, etc)

maksud ayat ketiga ni, nak bgtahu yg manusia ni, berguna untuk mentadbir alam ini,

sebagai mana logam yang menjadi kegunaan kepada manusia,

begitulah manusia berguna untuk alam ciptaan Allah ini.

jadi, manusia = logam kan?

boleh dapat?

Kita teruskan.

Jenis yg dimaksudkan adalah, manusia ni kan ramai,

ada yang jenis cantik/handsome, (mahal org kata, macam emas)

ada yang jenis suka bercakap, (hebat nie, macam keluli cnthnya)

ada yang jenis suka mengambil hak orang, (hurm, nak jadi apa la, besi buruk boleh laa)

dan mcm2 jenis lagi. (dah faham sket kan?)

manusia ni banyak jenis. banyak type.., byk nilai

Sifat pulak, bila kt tgk sifat logam,

paling kt ingat waktu blaja skolah dlu ialah, logam boleh ditempa, btol x?

so, manusia ada bermacam-macam sifat jugak,

tapi nak focus kat boleh ditempa,

maksudnya, manusia nie pon boleh ditempa sebenarnya.

manusia nie boleh diubah la senang cite kan...

Kegunaan lak, kalau kt tgk, benda nie ada relation dengan jenis

laen jenis, laen kegunaan,

jenis handsome/cantik gunanya??? (ditanyangkan /dijaga)

jenis suka bercakap, gunanya??? (untuk ckp benda baik/buruk)

jenis suka ambil hak orang, gunanya???? (macam buruk jer, zalim) Ya Allah, diri ini sangat2 sering menzalimi diri sendiri dan orang laen juga,

So,

Overall maksud yang diri ini cuba sampaikan adalah,

Manusia ini sama macam logam, kerana masing-masing ada jenis dan nilainya, sifatnya yang boleh ditempa, ada 1001 kegunaan..:-)
---------------------------------------------------------------------------

Harap teman2 dah faham sikit apa yang diri ini maksudkan dengan manusia dan logam

Kelogaman pula adalah kelebihan actually,

pentafsiran simple.

bila manusia=logam

kelebihan manusia = kelogaman

sbb, it consists of ciri2/ characteristics

Jadi,

Kesimpulan untuk beberapa post sebelum ni adalah,

1) Setiap manusia itu logam

2) Setiap manusia itu ada nilai2nya

3) Setiap manusia itu ada kelebihan

4) Setiap manusia itu boleh dibentuk

Mungkin point ke 2 dan 3 adalah overlap, tapi mungkin jugak berbeza, hehe
------------------------------------------------------

Bila la nak bgtahu maksud hadis nie....huhu

teman2 bersabar ya..:-)

Sabar itu sebahagian daripada iman

-Till then-
Salam