28/04/2010

...kisah dua logam...

Assalamualaikum teman2ku,

setakat ni, diri ini sedang menulis penerangan tentang satu hadith,
"Manusia ibarat logam. Terpilihnya mereka ketika jahiliyyah, terpilih jua mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"
Kita adalah logam2 yang mempunyai kelebihan untuk kegunaan di bumi Allah ini,
Kita lah logam pilihanNya.
Dipilih untuk lahir ke dunia, dan melaksanakan satu tanggungjawab. ok, Stop di sini..
-----------------------------------------------------------------------

Nak share satu story ni, cuba faham ya, mcm biasa, baca dengan hatimu, hehe

Dahulu, ada satu logam, yang sangat berani, tegas dan sangat digeruni,
Semua penduduk di sekitar takut padanya, tidak berani berdepan dengannya,
Dia tidak takut dengan sesiapa pun,
Logam ini sangat2 hebat,
Namun, hanya jahiliyyah menguasai diri nya,

Tetapi
Alhamdulillah, dia terpilih,
Allah memilihnya,
Allah pancarkan sinar Islam di dalam hatinya,
Beliau menggunakan keberaniannya, ketegasannya, kegerunannya
untuk menentang musuh Allah.
Itulah Khalifah umat Islam kedua, Saidina Umar Al-Khattab r.a

Beliau di zaman jahiliyyahnya, pernah menanam anak perempuannya sendiri,
Subhanallah, Allah menyayanginya,
mengangkatnya menjadi khalifah kedua,
menjadi pendokong kuat kepada Islam.
Keberanian yang ada padanya,
sehingga syaitan sendiri takut dengan beliau,
Dikatakan bahawa,
Apabila Umar berjalan di suatu lorong sebelah kanan,
syaitan takut, dan mengambil jalan ke lorong sebelah kiri,
Hebatnya Saidina Umar nie kan
------------------------------------------------------------------
Ok, let's have another story k?

Macam ni, kat satu pekan di Malaysia,
ada satu stesen bas,
Ada sorg mamat muda nie, dia driver bas, dia mmg sorg je lah yg bwk bas kat pekan tuh,
Dia bwk org pegi balik bandar setiap hari,
angkut org bila ada org tahan bas,
takde die, bas tak gerak,
baik hati mamat nie, sentiasa pemurah dengan senyuman,
So, nak ckp yg mamat nie org penting la kat pekan tuh,
nak jadi org penting tak perlu jadi orang2 besar pun kan,

Suatu hari, sedang dia on the way ke stesen bas utk bwk bas tu,
dia terjatuh dan pengsan,
bila dia sedar2, dia masih di tempat sama, tapi...
DIA TAK INGAT SIAPA DIRI DIA
sedih kan? maknanya kat sini,
dia dah lupa yang DIA DRIVER BAS
DIA KENA BAWAK ORANG KE BANDAR
even diri dia pun dia lupa...
dia bangun dari situ dan terus mencari-cari,
apa yang perlu dia buat.

Kebetulan, dekat area stesen tuh,
ada satu kedai kecik, jual CD,
tauke kedai tuh, sbnarnye nak cari org utk jadi driver dia,
then dia nampak mamat driver bas yg hilang ingatan nie,
nak kata dia kenal la mamat tuh, (yela, org penting kan)
dia ajak mamat tuh keje ngan dia,
yela, org muda kan, tenaga banyak, can drive some more
So, bekerja lah dia dengan tauke CD tuh., jual CD sini sana,
ramai org beli CD kat kedai dia, org yg sentiasa tersenyum kan,
senang dapat pelanggan,
So, benda ni berterusan sampai la tauke tuh dapat byk untung dan
boleh buat kedai CD yang sgt besar,
sampai hampir semua kwsn stesen td, jadi kedai CD dia..

Hebatnya mamat nie, sampai boleh jadikan kedai tauke CD tuh ambil alih kwsn stesen bas.
----------------------------------------------------------------
Ok, dari satu kisah benar, dan satu kisah rekaan ini,
apa agaknya teman-teman boleh fikirkan??
kedua2nya logam,
kedua2nya berguna,
tetapi berguna untuk APA??

-Till then-
Salam

2 comments:

Anonymous said...

uhh..kisah pemandu dan cd ni muncul kembali...pernah pening satu masa dahulu utk memahaminya..huhu.=P
kepandaian berniaga (jual cd) itu pun salah satu sifat kelogaman manusia kann? =)

ibnu mohamad said...

penah dgr?..dah tak jadi rekaan la,..:-) tak pa, mungkin dalam versi yang berbeza..mungkin apa yang ingin disampaikan melalui kisah ini berbeza pulak ke..:-) teruskan membaca