01/06/2010

tiada yang mudah

Salam Warah

"Sungguh Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah" (90:4)

Setiap yang diciptakan di atas muka bumi ini mempunyai tujuaan nya. Lihat lah kepada kereta, manusia menciptakannya untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lihatlah pokok, Allah ciptakannya untuk mengeluarkan oksigen bagi kegunaan manusia disamping kegunaan-kegunaan lain.

Subhanallah, sungguh mudah bagi Allah untuk menciptakan apa sahaja sekelip mata. Kita umat Islam wajib mengimaninya. Kita manusia yang hidup di dunia ini, diciptakan berada dalam susah payah.

Kenapa?

Lihatlah diri kita sebelum dilahirkan oleh ibu kita. Susah kan? Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dengan kasih sayang, dan ketika hendak melahirkan kita, sakit yang ditanggung sungguh perit. Subhanallah, sangat tabah dan kuat para-para ibu ini.

Kemudian kita semakin membesar, sudah mula hendak berjalan. Beberapa kali jatuh dan bangun, namun tetap berusaha untuk berjalan. Susah kan? Even sudah mampu berjalan sekalipun, tetap boleh terjatuh.

Kita teruskan kehidupan. Belajar pun susah. Setiap subjek yang kita ambil ada kesusahannya. Namun kita tetap belajar untuk mendapatkan result yang bagus dalam exam dan terus belajar dengan susah payahnya untuk mencari kerja.

Apabila sudah bekerja, juga susah. Memikirkan tentang kerja, kita sanggup bersusah payah dalam mengejar dunia yang sementara ini. Pegi kerja waktu pagi, balik petang dengan penat. Begitulah kita bersusah payah.

Dan apabila tua, itupun jika Allah izinkan untuk mengecapi usia tua itu, kita tetap bersusah payah. Badan sudah tidak kuat, tak boleh buat kerja-kerja berat, tak mampu nak urus diri sendiri. Begitulah kita hidup dalam susah payah.

Benarlah firman Allah, "Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah(kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Mahakuasa." (30:54)

Namun, mari lihat ayat 4 surah Al-Balad itu dari perspektif yang berbeza.

Manusia, dalam hidup ini secara fitrahnya inginkan kebaikan. Dan lawan kepada kebaikan adalah kejahatan. Kita lihat dua situasi di zaman ini.

Orang yang ingin membuat kebaikan kepada orang lain kadang-kadang mesti melakukan pengorbanan. Tidak kira pengorbanan masa, tenaga dan duit. Dan pengorbanan bukanlah sesuatu yang mudah. Nak jadi pendengar setia kepada masalah orang lain contohnya, perlukan pengorbanan masa. Susah kan?

Hatta, orang nak buat jahat sekalipun, bersusah payah jugak. Nak kena berada jauh dari orang lain, buat secara tersembunyi dan macam-macam lagi. Tak ke susah tu kan? Pencuri contohnya, terpaksa berusah payah melihat keadaan sekeliling sebelum mencuri.

Banyak lagi contoh yang boleh difikirkan bersama.

Begitulah juga susahnya jalan yang diambil oleh manusia yang hendak mencari Redha Allah. Di dalam perjuangan menyeru manusia kembali kepada penghambaan hanya kepada Allah, bukan kepada perkara-perkara lain. Namun kesusahan itu tetap diharungi kerana syurga adalah janji Allah.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta meraka dengan memberikan syurga kepada mereka" (9:111)

Adakah kita mahukan Syurga? Layakkah kita untuk syurga Allah jika di dunia kita tidak sanggup nak bersusah payah dalam memperjuangkan agamaNya? Rugilah kita jika tidak bersusah payah untuk mengejar redha Allah tetapi kita bersusah payah dalam mengejar dunia yang hanya sementara ini.

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" (29:64)

0 comments: