25/04/2010

HATI-HATI

Salam Warah,

HATI-HATI!!

bermula dengan perkataan ini, diriku menulis blog ini,

Kenapa?

Anda ingin tahu?

Jawapannya di sini....kat bawah ni...
------------------------------------------------------------------

hati-hati lah kita dengan apa yang kita ada sekarang,

Apa yang kita ada sekarang?

Kita ada diri kita,

ok, cukup kat situ dulu... abes......hehe, let's continue,
----------------------------------------------------------------------------

Kenapa diri ini mengajak teman2 berhati-hati dengan diri kita?

mesti ada sebabnya,

mungkin sebabnya itu, kadang-kadang susah untuk kita menerimanya,

namun, diri yang hamba ini, mengajak teman2 membaca dengan hati,

kerana dengan hati, Insya Allah akan mendapat sesuatu yang berbeza,

diri ini sentiasa mendoakan teman2 yang membacanya..
------------------------------------------------------------------------------

Setiap dari kita, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing,

Insya Allah teman2 setuju dengan diri ini,

ada antara kita yang sangat mahir dalam bersyair, bersajak, berdebat,

ade jugak, yg pandai menyanyi, bermain bola,

ade jugak, yg sifatnya berani, tegas,

ada pulak, yg lemah lembut, penyayang (sejuk hati mak melahirkan..huhu)

mcm2 jenis manusia ada di dunia ni kan,
----------------------------------------------------------------------

mesti tertanya2 kan, kenapa diri ini mengingatkan agar teman2 berhati-hati

tapi sebelum tu, jom kita tgk satu hadith,

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (Sahih Bukhari)

Apa maksud hadith ini?

Nabi bersabda bahawa, manusia itu seperti logam.

kenapa manusia, kita2 nie, sama diibaratkan seperti logam?

jom kita sama2 fikir,

Apa maksud logam? nak cari maksudnye senang je, wikipedia..hehe..

ok2, teruskan baca ya...:-)

Kita belajar kat sekolah, blaja sains, kimia n sewaktu dgannya, logam ada banyak jenis kan?

waktu tu jenuh kt nak hafal jenis2 logam ni,

kne hafal sifat nye la, kegunaan nye la,

semata-mata nak jawab exam..uhuk3..

betul kan?, mesti semua rasa pengalaman belajar tentang logam ni..
-----------------------------------------------------------------------------

Emas, perak, aluminium, tembaga, besi, plumbum, titanium

itu adalah logam semuanya,

ada logam yg sgt berharga di mata manusia,

ada logam yang sangat berguna untuk keperluan manusia,

ada logam yang sangat mahal jika dibuat urus niaga bagi manusia,

ada logam yang orang boleh menyebabkan berbalahnya manusia,

apa kaitannya dengan manusia???

kalau tgk kat atas, mmg ada kaitannya kan??

ada perkataan logam, ada perkataan manusia...(tulisan pun warna sama, hehe)

mesti lah logam berkaitan dengan manusia kan??

kegunaan manusia tuh!!..

TAPI, adakah itu maksud hadith di atas ini????
----------------------------------------------------------------------------

jawapannya mungkin ada teman2 yang sudah boleh nampak...

tapi, kt tunggu betul atau salah jawapan itu yer..:-)

-Till then-
Salam

2 comments:

Anonymous said...

teruskan menulis..=) semoga setiap yang ditintakan akan menjadi bekalan buat adik qassim di akhirat kelak =)

Doakan supaya kita istiqamah di atas jalan ini ya..!

Anonymous said...

disebabkan sifat manusia yg pelbagai itulah, 'seni' yg pelbagai juga diperlukan..seni yg sama belum tentu dapat diaplikasi utk org yg berbeza..
ayuhhh, kita lengkap diri dengan seni2 ini..=)