Assalamualikum Warahmatullah
Sudah dinyatakan,
manusia itu ibarat logam,
di kala itu, ada seseorang,
yang tercari-cari maksud frasa itu,
terjumpa sesuatu.
Jom story2 sket. hehe
ok, here it goes,
-------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari, sedang kaki dan tangan menggeletar,
menunggu sesuatu yang telah ditetapkan keputusannya,
namun diri ini belum diizinkan untuk mengetahuinya.
Ayah ketika itu berada di pejabat,
Dia datang kepadaku melalui satu panggilan telefon,
"Along, tahniah, along terpilih untuk ke sekolah ________"
Aku melompat gembira, memberitahu ummi,
Sungguh best hari itu, ibarat mendapat sesuatu yang sangat bernilai.
kerana AKU TERPILIH!!!
itulah bagiku bermulanya hidupku seorang diri, jauh dari keluarga.
Namun,
siapa aku jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawanku yang lain,
hanya seorang budak kampung,
yang mendapat keputusan 5A di sekolah kampungnya,
Tetapi aku tetap tidak mengalah,
kerana AKU TERPILIH!!
aku teruskan kehidupan,
hari demi hari, tahun demi tahun,
tidak kusedari, 5 tahun aku habiskan di sekolah itu,
di kala itu, aku hanya lah insan biasa,
di kala itu, aku tidak menyedari apa2,
di kala itu, aku tidak peka dengan keadaan dunia,
di kala itu, aku tidak tahu kelebihan diri ku,
di kala itu, aku hanya mengikuti mainstream hidup ini,
di kala itu, aku hanya lah diri yang sama dengan 5 tahun sebelumnya.
which is,
AKU TERPILIH!!
---------------------------------------------------------------------------
Teman2, diri ini yakin, ramai antara teman2 yang mempunyai kisah hidup macam di atas.
Mungkin caranya berbeza, namun secara kasarnya, macam tu lah 5 tahun kita
dihabiskan di sekolah, tidak kira sekolah mana kita,
tidak dinafikan, ada antara kita yang mendapat pelbagai manfaat,
contohnya, menjadi pembahas atau atlet yang hebat,
namun, kebanyakkan dari kita, masih tidak dapat mengungkapi,
apa yang telah dipelajari di sekolah, (selain ilmu Agama, maths, sains, sejarah, geografi)
apa kekuatan dan kelemahan diri,
apa kemampuan yang ada.
Dahulu,
hanya untuk mengisi ilmu di dada,
hanya belajar untuk lepas SPM.
Itu lah mainstream yg diri ini maksudkan.
tanpa kita sedar, yang kita adalah LOGAM YANG TERPILIH.
-------------------------------------------------------------------
Apa yang diri ini ceritakan, mungkin sama, dan mungkin tidak dengan kehidupan teman2.
namun, suka untuk diri ini mengingatkan,
memang kebanyakkan dari kita, tidak mengetahui potensi kita.
tidak sedar yang kita ini, ada keperluannya kepada dunia, dengan apa yang kita ada.
with that, diisytiharkan satu perkataan, "kelogaman"
------------------------------------------------------------------
Kita nie, semuanya terpilih sejak lahir kan?
sebab ape?
terpilih dalam perlumbaan di dalam rahim ibu,
hanya satu sperma yang berjaya dan terpilih memasuki ovum,
dan dilahirkan menjadi manusia,
dari situ sudah jelas yang setiap kita ini terpilih.
namun, keterpilihan kita ini, adakah kita betul2 menghargainya?
kerana kelogaman yang kita ada, menyebabkan kita terpilih
untuk diberikan peluang hidup di bumi Allah ini.
--------------------------------------------------------------------------
post ni masih belum menerangkan maksud sebenar hadith ini,
"Manusia ibarat logam. Terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam. Sekiranya mereka faham"
Jadi teman2, teruslah meneka dan menanti jawapannya. Peace*..hehe..
cuma sekarang, diri ini harap teman2 tahu, kita ibarat logam, dan kita terpilih.
-Till then-
Salam





7 comments:
wah, entri berturutan yg penuh dengan tanda tanya..hehe..
Diharapkan terus berfikir tentang apa yang cuba disampaikan...sama-sama membina pemikiran yang baik dan sihat..:-)
maksud logam tuh kelebihan??
..mungkin..:-) cuba cari kaitan antara "logam yang terpilih" dan "kelogaman".
alhamdulillah...
setelah menyedari akan perkara ini, seharusnya langkahan kaki kita pasti lebih tersusun inshaallah
logam terpilih?kne pndai gne kelebihan yg ade...btol x??erm kelogaman lak,x tau la....
Wah, alhamdulillah, sudah menghampiri sedikit demi sedikit...Insya Allah jwpn sebenar akan diberitahu dalam post seterusnya.:-)
Post a Comment