09/06/2010

Sabarlah

Salam warah,


Dalam kita menjalani hidup di dunia ini, kadang-kadang kita tak sabar. Bukan kadang-kadang, tetapi selalu tak sabar. Benarlah firman Allah, "Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan. Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa." (17:11)

Manusia memang bersifat tergesa-gesa. Tidak sabar dalam mengambil keputusan dan dalam melakukan sesuatu perkara yang kadang kala penting dan boleh memberi impak besar dalam hidup mereka. Termasuklah diri ini juga. Sering terburu-buru dan tidak berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Bersabar juga boleh dikaitkan dalam kita menghadapi ujian dalam hidup. Ingatlah, ujian itu datang dari Allah s.w.t dan itu juga merupakan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Dan dari situ Allah mahu melihat pergantungan kita kepadaNya. Sejauh mana kita memohon kepadaNya pertolongan.

"Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar" (2:153) Allah mahu kita memohon bantuan dariNya sentiasa, bukan hanya ketika kita susah. Itulah silap kita, selalu ingat Allah hanya ketika susah.

Namun, dari perspektif lain, Allah ingin menguji kesabaran kita dalam menghadapi ujiannya. Semakin dekat hubungan kita dengan Allah, semakin kuat ujian yang diberikan. Kerana syurga Allah itu mahal harganya.

Hidup ini adalah ujian. Kesabaran menghadapi ujian itu sangat penting. Supaya ujian itu tidak melemahkan kita, bahkan membuat kita makin kuat dan dekat dengan Allah. Dan kerana dalam ujian itu banyak hikmahnya. Jom teruskan bersabar!!



1 comments:

taj_din88 said...

salam,
saya kagum dengan semangat dakwah yang enta bawakkan, semoga segala urusan enta dipermudahkan oelh Allah Azawajalla dan mudah-mudahan enta tergolong dikalangan ashabul albab.

firman Allah taala :
“Dan siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berdakwah kepada Allah dan beramal sholih dan dia mengatakan: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Islam).” (At-Taghabun:16)

“ Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi manusia. Kalian menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar serta kalian beriman kepada Allah.” (Ali Imron : 110)