22/10/2010

...Reward and Punishment...

Bismillah,


Salam wbt,


Dah lama rasanya tidak menulis di sini, Alhamdulillah, ada juga sedikit kesempatan Allah berikan untuk berkongsi sedikit coretan yang dilihat melalui kaca mata hati Insya Allah.


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah" (51:49)


Sungguh tertarik dengan ayat ini, di samping mengingati segala perkara yang berlaku di dalam kelas tadi. Topic "Does reward and punishment helpful?" sangat membuka mata tentang ayat Al-Quran ni. Kenapa?


Bila dikatakan berpasangan, selalunya kita akan berfikir pasal, lelaki dengan perempuan, jantan dan betina, suami dan isteri. Semua tu betul! Tiada salahnya. Namun, diri ini nak mengajak untuk berfikir sejenak, yang konsep berpasangan ini lebih luas. Malam pasangannya siang, syurga pasangannya neraka, sihat pasangannya sakit, dosa pasangannya pahala, baik pasangannya jahat, api pasangannya air..? betul ke??


Begitu juga dengan "Reward and Punishment", juga berpasangan. What interest me in the class just now was how people when talking about something nature, the natural responses came out. Dapat nampak macam-macam jenis orang, ada yang menceritakan tentang pengalaman hidup, ada yang in fact sampai menitiskan air mata. And from there, we can know about other person background and personality.


Back to the topic, its just opinion, hopefully sume boleh bersetuju dengan pendapat yang hina ini. Rewards and Punishment adalah pasangan yang nature. Manusia, secara fitrahnya menginginkan sesuatu yang baik. Juga mengharapkan balasan sekiranya melakukan sesuatu yang baik. Dalam hidup sekalipun, kita mengharapkan pahala apabila melakukan sesuatu kebaikan dengan kita cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan diri dalam beramal.


Dan sebaik-baik balasan adalah dari Allah. Sebab yang menilai amalan kita adalah Allah. Setuju dengan beberapa pandangan yang menyatakan kita belajar selama ni pun bersebab. Bila dapat result bagus, parent/ school will give rewards and it definitely akan naikkan semangat untuk terus belajar. It makes me thinking about how we perceive rewards and punishment? different people, different point of view of course. Namun, adakah dalam beribadah kita bersikap begitu? Reward yang Allah bagi untuk kita semestinya sesuatu yang tak nampak (pahala, rezeki, ketenangan jiwa). Kita mmg akan percaya kepada sesuatu yang nampak. Bila perkara tu kita nampak baru la kita strive for it. (Alangkah bestnya kalau syurga, pahala boleh nampak kan) Namun, ada hikmahnya Allah membuat sedemikian.


"...Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman. (25:76)


The same goes to punishment. Not many things were said during the discussion about punishment as it being perceived as negative. However, adakah punishment dari Allah (di dunia) adalah sesutau yang negative? For sure pernah kita dengar yang Allah uji kita sebab Allah sayang kita. In fact, that is it. Mmg Allah uji supaya seseorang hambaNya itu kerana Allah ingin dia kembali kepadaNya, untuk mengingati kebesaranNya. Setengah orang tidak melihat ketidaktenteraman jiwa (ade ke word nie?) sebagai punishment dari Allah. Hanya bila melihat kalau duit habis, baju takde, study tak berapa bagus and sakit as punishment. Again, something yang mmg kita boleh nampak/rasa/perlu. (Kalau la dosa dan neraka itu boleh dilihat).


"Maka Aku memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala" (92:14)


Namun, selagi nafas masih ada, tiada perkara yang menghalang kita untuk bertaubat. Kadang-kadang ujian Allah itu diberi kerana Allah menginginkan kita 'naik' lebih tinggi. Menjadi lebih baik dari sebelumnya. Itulah hikmahnya ujian Allah kepada hambaNya, namun tak ramai dari kita yang sedar perkara itu. Again, macam mana kita lihat sesuatu itu sebagai ujian?? Adakah kita seperti apa yang dinyatakan oleh dua ayat Quran ini?


"Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku telah memuliakanku". Namun, apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata"Tuhanku telah menghinaku".

(89:15 &16)


Kesusahan dan kesenangan adalah berpasangan. Namun, kedua-duanya boleh menjadi ujian, kan? Apakah tindakan kita yang sepatutnya dalam menghadapi kedua-duanya? Ayat al- Quran pertama sudah menceritakan, ...supaya kamu mengingati kebesaran Allah...


Wallahualam.

0 comments: