Bismillah
Salam wbt,
Seorang ketua, apabila dipilih oleh orang bawahannya, atau terpilih secara paksa oleh orang atasannya, beerti ada tanggungjawab yang bakal dipikulnya. Sepasang suami isteri yang dikurniakan cahaya mata seorang anak, sudah pasti anak itu adalah amanah Allah kepada pasangan tersebut. Tapi sedarkah kita yang setiap diri kita ini terpilih?
Kenapa? Dari ovum ibu kita lagi, sudah dinyatakan tentang penciptaan kita,
p/s: jom buka Quran :-) (surah Al-Mukminun, ayat 12-15).
kita terpilih oleh Allah untuk dilahirkan di atas bumiNya ini. Syukur. 4 perkara sudah Allah tentukan ketika mana Roh ditiupkan kedalam jasad kita yakni rezeki, ajal, amal, sengsara atau bahagia sepertimana yang dinyatakan dalam hadis 4, himpunan Hadis Arba'in An-Nawawi.
Bila dilahirkan di dunia, kita dipilih Allah untuk lahir dalam keluarga yang kita ada sekarang. Ibu apa memilih uutk membentuk diri kita yang ketika itu ibarat kain putih yang sangt bersih dan suci dari segala kotoran. Hinggalah sekarang kita berada pada usia yang Allah berikan.
Sebelum ini, segala pilihan kita dibuat oleh ibu bapa kita, mak ayah suruh pergi sekolah, belajar, buat tu buat ni, tolong tu, tolong ni, namun kebanyakan pada kita sekarang sudah bebas melakukan pilihann sendiri dalam hidup. Diri ini juga tidak terlepas dari memilih apa yang terbaik untuk diri kerana fitrahnya manusia mahu segala yang terbaik untuk dirinya.
Namun kekadang kita tergesa-gesa dalam membuat pilihan. Benar firman Allah seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Isra',
...Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa" (17:11).
Mungkin kerana tergesa-gesa itu, kita hilang pertimbangan untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Namun selagi segala keputusan itu belum dibuat, kita masih ada peluang untuk memilih. Biarpun keputusan pertama telah dibuat, selagi perkara itu belum pasti, kita masih mempunyai peluang untuk memilih untuk mengubah keputusan kita.
Allah memberi peluang untuk kita memilih setiap masa, setiap saat. Seorang guru perlu memilih tentang bahan pengajaran apa yang ingin disampaikan kepada pelajarnya, setiap masa di dalam kelas guru itu memilih untuk menyusun ayat terbaik supaya pelajarnya faham konsep yang ingin disampaikan. Dan sudah semestinya, di kalangan pelajarnya itu ada yang lebih menonjol dari yang lain. Yang diberikan ujian berupa kepandaian yang sedikit lebih daripada orang lain. Menyedari keadaan itu, guru tersebut memberi tanggungjawab kepada pelajar terpandai tersebut. Begitulah Allah, yang telah mengangkat darjat sebahagian dari kita di atas sebahagian yang lain (6:165) sebagai ujian atau tanggungjawab terhadap kurniaanya.
Begitulah Allah memilih, dari ratusan ribu nabi, 313 adalah Rasul, dan darinya, 25 disebut dalam Al-Quran, darinya 5 Rasul Ulul Azmi, darinya 2 Rasul Khalilullah (sahabat Allah) dan dari dua Rasul itu Allah memilih Muhammad s.a.w sebagai kekasihnya. Lihatlah bagaimana specialnya Nabi kita s.a.w. Allah juga memilih, semestinya kita juga memilih, tetapi apakah yang menjadi pilihan kita??
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya" (91:8)
Jalan apakah yang menjadi pilihan kita? Setiap pilihan kita itu akan dipertanggungjawabkan. Setiap saat kita memilih, dan alangkah bahagianya jika setiap saat itu kita pilih untuk ketakwaan. Astagfirullah.
Dalam kita membuat pilihan, mesti ada ansir-anasir yang memberi effect terhadap pilihan yang kita buat. Sebagai contoh seorang saudara A. Semestinya A menginginkan yang terbaik untuk kawannya itu, si B. Dan jika A adalah orang yang baik, Insya Allah keputusan yang dibuat oleh B juga adalah baik. Begitulah pertolongan Allah kepada hamba yang ingin melakukan keputusan. Allah mengilhamkan kepada jiwa kawannya itu untuk membantunya membuat keputusan.
Setiap masa kita memilih, untuk melakukan perkara baik atau buruk, untuk mengunakan masa atau membuang masa, untuk melakukan taubat atau terus melakukan dosa, untuk belajar atau mengelamun, untuk membeli atau tidak, dan banyak lagi perkara.
Berdoalah agar Allah sentiasa memberi ilham kepada kita semua untuk membuat perkara kebaikan Insya Allah. Seperkara yang menjadi ingatan, setiap pilihan itu ada pertangungjawabannya..
Wallahualam.





0 comments:
Post a Comment